Sejarah

  1. WIRDA Selangor telah menjalankan kempen kesedaran OSCC (one stop Crisis Centre) dalam siri seminar “Katakan tidak kepada keganasan rumahtangga dan literasi undang-undang) di beberapa buah kawasan di Negeri Selangor sejak tahun 2009.  Antara kawasan tersebut ialah Lembah Jaya, Taman Templer, Taman Medan, Gombak  Setia, Semenyih, Dusun Tua, Cempaka, Teratai dan Bukit Antarabangsa.
  2. Banyak cerita sedih dan pengalaman pahit yang dapat dikongsi semasa WIRDA menjalankan kempen kesedaran tersebut .  Kes kes pengendalian keganasan rumahtangga dan keterlibatan dalam program OSCC menjurus kepada satu persoalan besar yang mesti diambil perhatian dan tindakan untuk membela wanita teraniya itu.
  3. Persoalan utama itu ialah kemana hendak dibawa wanita – wanita teraniya itu setelah hospital (OSCC)  memberikan rawatan dan perlindungan sementara (paling lama seminggu dan biasanya dua hari sahaja dalam wad yang terhad). Dilema mereka bermuda disini, untuk pulang ke rumah sendiri ditakuti keganasan berulang lagi, tiada kaum kerabat yang boleh membantu atau memberikan tempat perlindungan, mereka tiada tempat untuk dituju.
  4. Hospital yang menyediakan perkhidmatan OSCC hanya mempunyai sebuah bilik yang dinamakan bilik Mawar atau bilik OSCC . Bilik Mawar / OSCC ini berfungsi sebagai tempat khusus mangsa keganasan untuk pemeriksaan, memberikan rawatan dan perbincangan/aduan/laporan dengan pihak polis, JKM dan peguam. Jika mangsa mengalami kecederaan teruk beliau akan diletakkan di dalam wad kecemasan dan diberikan perlindungan sementara yang singkat, antara dua hari sehingga  satu minggu. Setelah itu pekerja sosial di hospital tersebut akan menempatkan mangsa mangsa ke tempat perlindungan i.e rumah selamat (safeway home) dibawah kelolaan JKM ataupun NGO.
  5. WIRDA mendapat banyak panggilan dari wanita wanita dan anak anak  yang dihalau dari rumah , yang didera secara fizikal dan mental oleh pasangannya, demikian juga kes rogol orang OKU
  6. Atas keperihatinan ini maka Rumah  WIRDA ditubuhkan pada tahun akhir tahun 2009
Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s