Informasi

Rumah Wirda adalah rumah transit untuk memberi perlindungan sementara  bimbingan kepada wanita dan kanak-kanak yang teraniaya, terpinggir, terabai dan menjadi mangsa keganasan rumahtangga dan gangguan seksual.

Rumah WIRDA telah beroperasi sejak tahun 2010 Selangor/Kuala Lumpur di bawah pengendalian WIRDA yang telah didaftarkan secara rasmi di bawah akta Pertubuhan 1966 (ROS).

Perkhidmatan

  1. Memberi perlindungan sementara atau tempat berteduh  transit point kepada wanita selama 3 bulan
  2. Menyediakan makan, mimuman, pakaian asas dan barangan personal hygiene kepada mangsa semasa dalam perlindungan.
  3. Memberi khidmat  nasihat & kauseling, rundingcara guaman dan informasi dari agensi kebajikan masyarakat dan peluang bantuan kewangan dari agensi kerajaan yang berkaitan.
  4. Memberi khidmat  bimbingan fardhu ain dan  amalan kerohanian untuk menyediakan suasana kasih sayang dan keharmonian
  5. Melatih penghuni dengan beberapa kemahiran kendiri dan kemahiran hidup

Bentuk Bimbingan

v  Khidmat Nasihat Dan Kaunselling

v  Kemahiran dan Keyakinan Diri

v  Sesi Mengaji Al-Quran dan Fardu Ain

v  Masakan/Jahitan

v  Kursus di Taska-Taska yang ada perjanjian persefahaman (MOU) dengan WIRDA

v  Kursus Kemahiran kearah mandiri kewangan dgn kerjasama Jabatan Kerajaan dan Swasta

Syarat kemasukan

v  Wanita Islam dan warganegara malaysia

v  Mangsa penderaan,penganiayaan, pengabaian dan tekanan psikologi

v  Bebas dari sakit kronik dan merbahaya

v  Bersedia memperkasa diri dan bersedia menjalani bimbingan

Kami bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Agama Islam,  NGO Wanita,  Hospital, Polis dan  Peguam.

Oleh kerana Rumah WIRDA dioperasikan oleh NGO maka sumbangan dan bantuan kewangan serta lain lain keperluan seperti kewangan makanan, pakaian AMAT kami alu alukan.

Bantuan KEWANGAN boleh lah di salurkan kepada :

Akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), WIRDA  1211-3010-0434-29

Kami boleh dihubungi di Tel hot line: 013-3545748 atau  di pejabat 03-41085128, fax 03-41075237

2 Comments

2 thoughts on “Informasi

  1. Assalamualaikum, Tahniah kepada semua Anggota Rumah Wirda diatas segala usaha dan sumbangan demi meningkatkan keupayaan ummah yang perlu dibela dan dibimbing sehingga menjadi Insan yang berjaya, dunia dan akhirat. Oleh itu terpanggil juga saya untuk memberi sumbangan melalui motivasi dan bimbingan. Bolehlah hubungi saya Ahmad 0133974545.

    • Assalamualaikum wr wb.

      Terima kasih kerana keperihtinan tuan. InsyaAllah kami mengalualukan sumbangan datri tuan. Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. KIta boleh bekerjasama. Dimanakah tempat tuan berada sekarnag. Adakah berdekatan dengan Kuala Lumpur? jika demikian mudahlah kami berhubung dgn tuan.

      Btw Maaf saya ingin bertanya, adakah ini Tn Hj Ahmad bin Salleh yang pernah menuntut di ITK pada tahun 70an dahulu…..
      jika benar ahlan wasahlan wamarhaban bikum……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s