FROM A BROKEN HEART TO TRANQUILITY

Image

JEMPUTAN KE “SPIRITUAL TALK SHOW: FROM A BROKEN HEART TO TRANQUILITY “

 Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara diatas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa  WIRDA (Association For Women’s Initiatives For Reseach Development And Advancement) dengan kerjasama WANGI (Persatuan Kakitangan Wanita Teknologi, UTM), I Luv Islam dan Raudhah Islamic Events  akan mengadakan program ” Spiritual Talk Show bertajuk: “From A Broken Heart to Tranquility”  pada ketetapan seperti berikut:.

Tarikh : 14 hb Julai 2012

Masa: 8.30 pagi- 4.30 petang

Tempat: Tempat Dewan Centrum (Tingkat 5) Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur

3. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan perlatihan serta berkongsi ilmu menanggapi  permasalahan hidup dan mengubah diri menjadi lebih positif melalui kaedah penyucian jiwa (Soul Detox).  Setiap yang terjadi mempunyai sebab istimewa yang penuh hikmah. Persembahan Instimewa dari Hafiz Hamidun memberikan pencerahan, latihan dan teknik pembersihan hati  melalui terapi zikir  demi mencapai ketenangan jiwa (nafsu muthma’innah).

4. Selain itu program ini juga bertujuan  untuk menjana Dana untuk pengurusan dan pengoperasian “Rumah WIRDA”,  sebuah rumah perlindungan untuk wanita yang menjadi mangsa rogol, penganiyaan, penderaan dan keganasan rumahtangga, gangguan seksual, ibu tunggal dan anak-anak yang terpinggir. (Brosurs mengenai Rumah WIRDA disertakan).

5. Bagi mencapai tujuan program ini, dengan sukacitanya kami menjemput pihak  Y. Bhg. Datuk/Dato’/Tuan /Puan untuk menghadiri program ini. Kerjasama adalah dipohon  untuk memanjangkan jemputan ini kepada Jabatan, agensi, mahupun organisasi Y. Bhg. Datuk/Dato’/Tuan /Puan yang berkaitan. Untuk makluman Y. Bhg. Datuk/Dato’/Tuan /Puan, Yuran pendaftaran penyertaan ialah RM290 untuk satu kerusi dan diskaun 10% dengan penyertaan 5 orang sekumpulan dan hanya RM2500 untuk satu meja(10 kerusi) seperti yang dinyatakan dalam brosurs yang disertakan.

6. Borang Pendaftaran yang telah lengkap diisi perlu dikembalikan kepada pihak sekretariat selewat-lewatnya pada 11 hb Julai 2012. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pihak sekretariat, Cik Balqis Ismail di talian 03-41085128 atau melalui emel wirda.central@gmail.com

6. Kerjasama serta kehadiran Y. Bhg. Datuk/Dato’/Tuan /Puan adalah amat dihargai dan didahuli dengan ucapan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih,

Ir Hjh Endok Sempo binti M. Tahir

Presiden

Nota: Jika pihak Y. Bhg. Datuk/Dato’/Tuan /Puan tidak dapat hadir ke program ini, kami amat mengaIu-alukan sumbangan Wang ringgit, beras, tepung, minyak, susu dan makanan dalam tin.

MAKLUMAT TAMBAHAN:

Tarikh 14hb Julai 2012
Masa 8.30pagi -4.30petang
Tempat Dewan Centrum, Tingkat 5,  Jalan Setiawangsa 13, Taman Setiawangsa, 54200 Setiawangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Konsep Tema ‘Tranquility in Giving”
Jualan meja/kerusi dan tajaan dengan tiket/brosurs
Talk Show dan Zikir terapi diri
  Aturcara
8.30 pagi Ketibaan tetamu dan penghuni “Rumah WIRDA”, Ibu Tunggal dan  “anak-anak yatim”
8.50 pagi Kata-kata aluan
9.00 pagi Zikir Terapi Diri  – Hafiz Hamidun
9.30pagi Rehat
10.00pagi Soul Detox (Penyucian Jiwa) – Puan Suriya Mohamad
12.00tghari Sesi Perkongsian : Semua yang berlaku mempunyai Sebab dan Hikmah – Datin Fauziah Ramly
1.00 tengahri Makan Tengahari dan Solat
2.15ptg Bagaimana ‘Bagaimana Kesakitan dan Sengsara mengajarku Erti Cinta’ – Prof Dr Rozieta Shaary
4.15ptg Rehat
4.30ptg Penyerahan ChequeAsmaul Husna Tranquility

Bersama ini disertakan Brosurs mengenai  Talk Show ini, Namun jika tuan dan puan hanya ingin memberi sumbangan ikhlas  amatlah di alu-alukan  bagi menampung kos pembiayaan dan pengurusan Rumah WIRDA .

Semua pembayaran dan sumbangan hendaklah dibuat samada tunai atau cek atas nama WIRDA, (Bank Islam Malaysia Berhad Taman Melawati No Akaun:  1211-3010-0434-29)

Dialamatkan kepada:

Sekretariat   Talk Show , ‘FROM BROKEN HEART TO TRANQUILITY
No.22-A Jalan Bandar 3,
Taman  Melawati, 53100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-41070104/03-41085128, Faks:03-41075237

E-mail:wirda.central@gmail.comSila hubungi

Puan FARIDAH 013-3545748,

Puan LIZA 016-2604998,

Puan SITI 016-2285348

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s