Salam Ukhuwwah!

Salam Ukhuwwah

Setiap tahun wanita seluruh dunia meraikan  Hari wanita Sedunia setiap 8hb Mac 2012. Berbagai acara dan program  diadakan  sepanjang bulan Mac (tidak hanya tarikh 8hb Mac sahaja)  untuk memberi pengiktirafan kepada pencapaian wanita dalam bidang ekonomi, politik dan sosial diseluruh dunia.  .

Tema Hari Wanita Sedunia pada tahun ini  ialah connecting girls, inspiring futures”.  Namun organisasi , badan badan NGO wanita dan pertubuhan kebajikan wanita bebas  memilih berbagai tema dalam merayakan hari wanita sedunia ini yang melambangkan peranan isu wanita diseluruh dunia.

Sempena dengan sambutan Hari Wanita tahun ini , WIRDA meraikan wanita Islam Kontemporari, Kreatif dan Dinamik dengan program bertemakan  “You are beautiful, Allah loves You”.  Program ini mendapat kerjasama dari kumpulan wanita muda yang menamakan diri mereka Beauty A6 (after Six Study circle). Jalinan kerjasama ini untuk merealisasikan konsep  ukhuwwah (persaudaraan (sesama wanita) dalam memenangi cinta Allah dan dalam masa yang sama menyemai kasih dan rasa bahagia kepada insan yang kurang bernasib baik.

 Giving is beautiful!

Talk Show ini merupakan sesi bual bicara interaktif, dan perkongsian dari hati ke hati  dengan wanita wanita yang mencipta nama dalam kerjaya masing-masing sekaligus komited dengan Syariah Compliant. Antara  Objektif Talk Show ialah

  • Memahami konsep ‘aurah’ seperti yang di gariskan oleh Al Quran dan Sunnah.
  • Mengamalkan pemakaian ‘hijab’ yang dicintai ALLAH
  • Menonjolkan imej muslimah kontemporari, elegen dan anggun (Islamic self grooming), berlandaskan batas-batas syara’
  • Mengumpul Dana Untuk Rumah WIRDA bagi menampung kos pengurusan Rumah Perlindungan WIRDA serta meningkatkan keupayaan WIRDA memberi khidmat kepada  ramai wanita dan anak-anak yang menjadi mangsa penganiayaan, penderaan dan keganasan rumahtangga untuk mendapat perlindungan dan bimbingan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s